Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hotel Sekitar Sepang Mula 'Lock' Tempahan, Netizen Yakin F1 Bakal Kembali Ke Malaysia

SEPANG
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Hotel Sekitar Sepang Mula 'Lock' Tempahan, Netizen Yakin F1 Bakal Kembali Ke Malaysia

Keterujaan peminat sukan permotoran semakin memuncak apabila beberapa pengguna media sosial mendakwa hotel di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mula menutup tempahan bagi tarikh yang dikaitkan dengan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia.

Perkara itu tular di aplikasi Threads selepas seorang pengguna, @mike1ros.jpg, memuat naik hantaran yang mengaitkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai F1 dengan status tempahan hotel berhampiran SIC.

"BREAKING F1 NEWS. Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim has confirmed an announcement on Formula 1 will be made THIS SUNDAY. Meanwhile, Sama-Sama Hotel, the closest 5-star hotel to Sepang International Circuit, is FULLY BOOKED for those exact dates. Coincidence? We'll find out soon," katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam satu lagi balasan di Threads, pengguna sama berkata situasi berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya melibatkan penganjuran Formula Satu.

Menurutnya, hotel berhampiran litar lazimnya akan membuat tempahan awal bagi menempatkan pasukan perlumbaan, petugas paddock dan pihak berkaitan sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

"True, they might be repricing. But hotels near the circuit usually reserve blocks for F1 teams/paddock staff way before anything's confirmed. That's usually the real giveaway from past trends," ujarnya.

Hantaran tersebut kemudian dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang masing-masing membuat spekulasi mengenai kemungkinan Formula Satu kembali ke Sepang.

Seorang pengguna, @haqkym, berkata hotel berkemungkinan sengaja menyekat tempahan buat sementara waktu sebelum membuka semula jualan sekiranya perlumbaan itu benar-benar disahkan.

"It's not fully booked or sold out yet, the hotel is purposely locking that dates first. If F1 officially comes back to Sepang for the said dates, then the hotel will sell it triple or quadruple the price of the rooms," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @streetspec.benz, secara berseloroh menyifatkan penggunaan frasa "has CONFIRMED an announcement" sebagai ayat yang mengundang perhatian ramai.

"'Has CONFIRMED an announcement' has got to be the biggest ragebait of my entire life," katanya.

Dalam pada itu, pengguna @by.aminnurrasyid turut mengakui tidak sabar menantikan pengumuman rasmi yang dijadualkan dibuat Ahad ini.

"Lock hotel room ni. Hopefully benda ni real. Cepatlah Ahad oi. Nak tahu juga announcement," katanya.

Terdahulu, media sosial mula hangat memperkatakan mengenai status tempahan hotel di sekitar Sepang dan Putrajaya yang didakwa mula "penuh" sejurus Malaysia diumumkan bakal menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia bersedia menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij tersebut.

Menurut beliau, penganjuran itu mencerminkan keyakinan Kerajaan Bahrain, Formula 1 (F1) dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) terhadap kemampuan Malaysia menganjurkan acara sukan permotoran bertaraf dunia.

Anwar berkata, perkara itu dipersetujui selepas beliau mengadakan perbincangan bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali.

Intipati
  • Pengguna Threads mendakwa hotel berhampiran SIC mula penuh bagi tarikh dikaitkan dengan F1.
  • Netizen membuat spekulasi hotel mungkin mengunci tempahan sementara menunggu pengesahan rasmi perlumbaan.
  • Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan Malaysia bersedia menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan