Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HTA Berjaya Pisahkan Pasangan Bayi Kembar Siam

Hannah
bayi kembar siam HTA
Gambar: HTA

HTA Berjaya Pisahkan Pasangan Bayi Kembar Siam

Detik bersejarah tercipta di Hospital Tunku Azizah (HTA) apabila sepasang bayi kembar siam lelaki berusia tiga bulan berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang berlangsung hampir 13 jam.

Bayi berkenaan merupakan kembar siam jenis “Omphaloischiophagus Tetrapus Conjoined Twin”. Ia adalah keadaan yang amat jarang berlaku di mana kedua-duanya bersambung di bahagian abdomen dan pelvis serta berkongsi empat kaki.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh HTA, pembedahan besar itu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.48 malam pada 24 Jun lalu.

Pemisahan sepenuhnya berlaku tepat pada jam 5.43 petang. Kini, kedua-dua bayi berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Tambah HTA, pembedahan ini diketuai oleh pasukan pakar bedah kanak-kanak berpengalaman yang terdiri daripada Dr Mohd Yusof Abdullah, Dato’ Dr Zakaria Zahari, Dr Intan Zarina Fakir Mohamed dan Dr Phang Yee Yun.

Turut terlibat adalah barisan pasukan bedah pediatrik HTA dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menunjukkan komitmen serta kerjasama luar biasa.

Difahamkan, ini merupakan kes keempat pembedahan pemisahan kembar siam yang berjaya dilaksanakan di HTA sejak 2019, dan merupakan kes ke-19 secara keseluruhan dalam sejarah gabungan HTA/HKL.

Dalam pada itu, di kesempatan ini, mari sama-sama kita doakan agar kedua-dua bayi terus membesar dengan sihat dan ceria.

BACA: Sekinchan Dibadai Puting Beliung Lagi

Sumber: Hospital Tunku Azizah