Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Berterusan Diramal Di Beberapa Negeri Hingga Esok
Hujan lebat berterusan diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga 29 November (Sabtu).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Bagi hujan berterusan tahap buruk juga membabitkan negeri Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu. Manakala di Pahang melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan.
Sementara itu, tahap waspada pula melibatkan seluruh negeri Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Di negeri Perak daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka turut terlibat.
Begitu juga di negeri Pahang iaitu melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Peka.
Manakala di Negeri Sembilan hanya melibatkan daerah Jelebu.