Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 10 Negeri Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda 10 negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook berkata keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Pahang dan Melaka.
Bagi negeri Kedah, hujan lebat diramal berlaku di daerah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala, di Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Di Perak pula, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim dijangka terlibat.
Sementara itu, di Terengganu dan Selangor hanya satu daerah yang terlibat iaitu di Kemaman dan Hulu Selangor.
Di Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Beralih ke negeri Sarawak, daerah Serian (Tebedu), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang dijangka terlibat.
Manakala di Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia