Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda dua negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca buruk itu akan melanda negeri Johor iaitu di daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu, ia juga melibatkan daerah Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) di Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.