Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 4 Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di empat negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu akan berlaku di Perak iaitu di daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di Selangor pula melibatkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Kapit (Song dan Kapit).
Manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Susulan amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terutama bagi yang pulang dari tempat kerja.