Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Di 7 Negeri Pagi Ini

Sofea
hujan lebat 7 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Di 7 Negeri Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari nanti.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu dijangka akan melanda seluruh negeri Pulau Pinang dan Melaka.

Di Terengganu, hanya daerah Kemaman yang terlibat, manakala Selangor pula di daerah Kuala Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat akan melanda daerah Port Dickson dan Rembau.

Beralih ke negeri Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula, daerah Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri dijangka terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department