Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehinggan jam 1 pagi nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa cuaca buruk itu akan berlaku di seluruh Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam pada itu, ia juga melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Di Pahang pula, daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin dijangka terlibat.
Bagi negeri Selangor, ia hanya melibatkan daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Manakala, Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Di Johor, daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian juga dijangka akan mengalami hujan lebat.
“Bagi negeri Sarawak, ia melibatkan daerah Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala, di Sabah pula di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud,” kata MetMalaysia.
Menurut jabatan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.