Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
hujan lebat negeri malam
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah termasuk keseluruhan negeri Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Terengganu dan Dungun. Sementara di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

“Selain itu, Selangor juga dijangka hujan dibeberapa kawasan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Di Johor melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Manakala di Sabah, hanya kawasan Tawau (Lahad Datu) diramal hujan hingga malam ini,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

BACA: Hidap Kanser Darah, Adik Aidil Perlukan Sumbangan Kewangan

BACA: Doktor Kongsi Pengalaman Pilu Rawat Pesakit Kanser

BACA: Bekalan Beras Putih Tempatan Tersedia Di Pasar Raya Seluruh Negara – Mohamad