Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Badai 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri, satu Wilayah hingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Kuching (Lundu), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Kapit dan Miri (Telang Usan).

Sementara itu, daerah Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran lagi.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Pemungut Hilang Sabar, Bakar Rumah Peminjam Kerana Sering Elak Bayar Hutang
BACA: JAWI Panggil Individu Bantu Siasatan Kes Di Jalan Raja Laut
BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Malaysian Meteorological Department