Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai Empat Negeri Hingga Malam Ini

Azizah Najib
Hujan lebat empat negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Badai Empat Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka landa empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya dijangka alami hujan lebat.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan lebat termasuk Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” maklum jabatan itu.

Keadaan cuaca di Selangor menunjukkan hanya daerah Sepang yang dijangka hujan lebat.

Manakala di Johor, beberapa kawasan dijangka alami cuaca yang sama. Antara yang tersenarai termasuk daerah Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Hujan lebat di Sarawak

Beralih ke Kepulauan Borneo, MetMalaysia menjangkakan lapan daerah di Sarawak bakal menerima hujan lebat. Antara yang disenaraikan termasuk daerah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu) dan Kapit (Song).

Sementara itu, daerah Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang juga diramal bakal menerima hujan lebat.

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia lanjut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elak berada di lokasi berisiko dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca.