Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri & 2 Wilayah Hingga Petang Ini

Athirah
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Badai Kebanyakan Negeri & 2 Wilayah Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang.

Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Manakala, cuaca buruk di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera.

Seterusnya di Negeri Sembilan, antara kawasan yang diramal ribut petir dan hujan lebat adalah Jelebu.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: 32 Tetamu Alami Loya, Muntah & Demam Selepas Makan Di Kenduri Kahwin
BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut
BACA: Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Sumber: Malaysian Meteorological Department