Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Badai Tiga Negeri Hingga 2 Pagi Ini – METMalaysia

Athirah
hujan lebat badai tiga negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Badai Tiga Negeri Hingga 2 Pagi Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Beluru) dan Limbang.

Sementara itu, daerah Pedalaman (Kuala Penyu) di Sabah antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran lagi.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Negeri Catat Tahap Bahaya, Waspada

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook