Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri Hingga Petang Ini – METMalaysia

Athirah
Hujan Diramal Landa 4 Negeri
Kredit: AFP

Hujan Lebat Diramal Landa 4 Negeri Hingga Petang Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Manakala hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Terengganu yang melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kuching, Serian, Samarahaan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah

Dalam hantaran yang berlainan, METMalaysia memaklumkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga 18 September 2025.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BACA: Sektor Pengangkutan Darat Awam, Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95
BACA: Bapa Bertindak Di Luar Kawalan Selepas Rugi Berniaga “Online”
BACA: Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September
BACA: Terlupa Nak Salam, Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook