Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat di tujuh negeri hingga jam 4 petang ini.
Dalam kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah diramal.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Manakala di Terengganu pula, daerah yang terlibat seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
“Selain itu, di Pahang beberapa kawasan yang terlibat seperti Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Bagi Selangor, kawasan yang diramal adalah hanya Sabak Bernam.
“Di Johor, kawasan terlibat adalah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia