Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Tujuh Negeri Hingga Malam Ini

Hujan lebat tujuh negeri
Kredit: Bernama

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan di tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran cuaca itu melibatkan seluruh negeri Kelantan.

Selain itu, di Perak pula hanya daerah Hulu Perak yang terlibat.

Di Terengganu, daerah Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut turut diramal hujan lebat.

Amaran juga melibatkan daerah Lipis, Raub, Temerloh, Bentong, Bera, Pekan, Rompin, Maran dan Jerantut di Pahang.

Manakala di Johor, hanya kawasan Mersing yang diramal hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan kawasan Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).

Begitu juga di Sabah iaitu di Sandakan, Pedalaman (Pensiangan, Sook, Keningau, Tenom, Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau).

Hujan lebat tujuh negeri

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber:Facebook
Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri.
  • Amaran sehingga jam 9 malam ini melibatkan seluruh Kelantan dan daerah tertentu negeri lain.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan