Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
Ribut Petir Badai 3 Negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Di Terengganu, kawasan terlibat adalah Kemaman, manakala amaran yang sama dikeluarkan untuk daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Hujan lebat turut diramal berlaku melibatkan daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Bukan Waktu Kerja Pun Boleh “Claim”, Ini Antara 10 Situasi Nak Fahamkan Tentang Skim LINDUNG 24/7
BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Sumber: Malaysian Meteorological Department