Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hukum Ambil Suntikan Liraglutide Ketika Berpuasa, Batal Ke? Ini Jawapan Dr. Zulkifli
Dengan kemajuan dari segi teknologi dan perkembangan bidang ilmu perubatan, setiap tahun kita akan didatangi dengan soalan berkenaan isu fiqh perubatan.
Ibadah puasa sudah semestinya memberikan teka teki kepada golongan yang perlu mengambil ubat-ubatan, khususnya seperti suntikan atau ubat sedutan.
Sudah semestinya, pakar perubatan bersama pakar agama bersama-sama berganding bahu bagi menjawab soalan yang menjadi pertanyaan orang awam.
Jawapan yang diperolehi dari hasil ijmak sesama ahli ijtimak akan memberikan jawapan khusus, sama ada pengambilan ubat-ubatan tertentu akan membatalkan puasa pesakit tersebut atau sebaliknya.
Berdasarkan laman Maktabah Al-Bakri, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Suhazeli telah bertanyakan soalan berkenaan pengambilan satu ubatan.
Ubatan tersebut adalah suntikan Liraglutide yang sering digunakan bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Beliau mengajukan pertanyaan kepada Dr. Zulkifli al-Bakro sama ada pengambilan suntikan tersebut di boleh membatalkan puasa seseorang.
Maka, bekas Mufti Wilayah Persekutuan hari ini tampil memberikan jawapan yang terperinci mengenai pengambilan suntikan ini ketika berpuasa.
Berikut merupakan jawapannya:
Alhamdulillah, kami rafa’kan syukur kepada-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, keluarganya, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kiamat.
Terima kasih kepada Dr. Suhazeli yang bertanyakan persoalan ini dan memberikan ilmu baru kepada saya terkait suntikan ini.
Ia adalah sejenis ubat yang telah disahkan dan diluluskan sebagai tambahan untuk mengawal berat badan selain daripada diet dan senaman.
Bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti atau berlebihan berat badan, juga mempunyai masalah yang berkaitan dengan berat badan (seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau diabetes jenis 2), ubat ini dapat membantu menurunkan berat badan secara selamat.
Peningkatan teknologi perubatan masa kini makin memudahkan pesakit untuk mengawal paras gula dalam darah mereka.
Salah satu daripada rawatan terbaharu untuk mengurangkan gula dan juga memberi manfaat kepada tekanan darah, paras kolestrol dan fungsi pankreas dengan menggunakan hormon Glucagon Like Peptide 1 (GLP-1) agonists.
Hormon ini mengandungi Liraglutide yang diproses melalui teknologi rekombinan DNA yang tidak melibatkan haiwan.
Selain dari bahan asas Liraglutide, dicampur juga Disodium phosphate dehydrate, Prophylene glycol, phenol dan air sebagai bahan penstabil.
Manakala acid hydrochloric ataupun sodium hydroxide dimasukkan sebagai bahan pengekal pH.

1. Membantu mengawal selera makan dan paras gula, GLP-1 ini akan memberi isyarat kepada otak supaya tidak berselera makan dan minum. Akhirnya pesakit tidak akan banyak makan dan minum. Apabila kurang makan dan minum, maka berat badan akan buat turun. Sebab itulah ianya digunakan dalam rawatan kencing manis dan rawatan kegemukan.
2. Membantu pankreas supaya mengeluarkan insulin secara optimum. Insulin itu pula sebagai pembawa gula dalam darah untuk diedarkan ke dalam tisu badan sebagai tenaga.
3. Memperlahankan kadar makanan bergerak di dalam perut. Yang mana membantu untuk mengawal penyerapan gula secara cepat selepas makan (After meal glucose surge). Apabila keadaan ini berlaku menyebabkan seseorang itu akan merasai perutnya sentiasa penuh (sensation of fullness). Situasi ini menyebabkan pesakit akan menghadkan makan. Ia membantu lagi untuk orang yang gemuk bagi mengurangkan berat badan.
4. Hormon ini juga akan merangsang tindak balas Glukoneogenesis atau pembentukan glukos melalui pemecahan lemak dan protein yang terdapat di dalam otot atau hati. Tidak balas ini membantu lagi pesakit kencing manis dan pesakit gemuk untuk turunkan gula dan berat badan.
Pakar perubatan yang memberikan ubat tersebut akan memberi nasihat bagaimana cara untuk menggunakan ubat hormon ini. Indikasinya adalah kepada orang yang gemuk atau pesakit kencing manis.
Sehingga kini banyak terdapat bukti kajian saintifik yang telah berjaya mengawal kencing manis dan menurunkan berat badan pesakit. Kesan sampingannya adalah sedikit dan tidak memudaratkan individu yang mengambilnya dalam tempoh enam bulan.
Terdapat lapan perkara yang membatalkan puasa iaitu murtad, haid, nifas dan wiladah, gila, tidak sedar dan mabuk, jimak, memasukkan sesuatu dari luar badan ke bahagian dalam rongga dalam badan (al-jauf), beronani, dan muntah dengan sengaja.
Suntikan termasuk dalam hal memasukkan sesuatu dari luar badan ke bahagian dalam rongga badan.
Syeikh Hassan al-Kaf menghimpunkan pandangan para ulama yang mengharuskan suntikan ketika berpuasa dalam keadaan darurat, namun terdapat perbezaan pandangan dalam hal batalnya puasa dalam tiga pandangan:

Antara fungsi hormon GLP-1 sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah membantu pankreas supaya mengeluarkan insulin secara optimum.
Insulin itu pula sebagai pembawa gula dalam darah untuk diedarkan ke dalam tisu badan sebagai tenaga. Justeru, ia dikira sebagai suntikan yang memberi tenaga kepada manusia.
Dalam masa yang sama, rawatan tersebut bukanlah bersifat darurat sebagaimana suntikan insulin tetapi ia cuma satu kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang selamat.
Ia juga seolah-olah menghilangkan antara faedah utama puasa iaitu rasa lapar. Menurut Imam Al-Izz ibn Abd al-Salam, orang yang berpuasa dapat menghayati rasa kesusahan dan kelaparan yang dialami oleh orang miskin dan susah.
Beliau membawakan riwayat kisah Nabi Sulaiman atau Nabi Yusuf yang tidak akan makan melainkan setelah memastikan semua tanggungannya telah mendapat makanan.
Apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian, jawab mereka: “Aku takut jika aku kenyang dan melupakan orang yang lapar.”
Sebagai langkah berhati-hati jika pesakit memerlukannya, mungkin suntikan itu boleh dibuat pada malam hari di bulan Ramadhan, dengan pandangan dan nasihat doktor.
BACA: WhatsApp Desktop Kini Boleh Buat Panggilan Video Sehingga 8 Orang
Sumber: Maktabah Al-Bakri