Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar Hiasan: Zawya & Unsplash

Hukum Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban, Ini Jawapan Mufti Terengganu

Nadhirah

Setiap umat Islam sudah tentu ternanti-nantikan malam nisfu Syaaban yang penuh dengan keistimewaan ini. Nisfu Syaaban adalah malam ke- 15 di bulan Syaaban jika mengikut kalendar Islam.

Dengan kata lain malam Nisfu Syaaban ini menjadi hari pertengahan di antara 30 malam dalam bulan Syaaban.

Pada malam nisfu Syaaban ini, pintu langit dan pintu rahmat akan dibuka dan disebabkan itu umat Islam begitu ternanti-nantikannya untuk melakukan amalan tertentu agar beroleh pahala dari Allah SWT.

Bagi anda yang tak sabar-sabar untuk menunggu malam ini tiba sudah tentu anda ingin mengetahui apa hukum sekiranya anda menghidupkan malam nisfu Syaaban ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Pejabat Mufti Terengganu ada jawapannya.

Hukum Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.

Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”. (H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jld 4 ms 218).

Masa penting dalam bulan Syaaban

Bulan Syaaban juga mempunyai satu masa yang penting iaitu malam Nisfu Syaaban. Namun adalah diharapkan supaya tidak ada orang yang menganggapkan bahawa malam Nisfu Syaaban sebagai malam penentuan nasib seseorang pada tahun berikutnya sehingga terdapat sebahagian daripada masyarakat sanggup meninggalkan pekerjaan pada malam tersebut untuk menghadiri malam Nisfu Syaaban kerana bimbang terlepas habuannya.

Kepercayaan seperti ini adalah dibimbangi akan menjejaskan akidahnya sebagai seorang muslim. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut adalah digalakkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadat seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, zikir, berdoa dan Qiamullail sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis. (Yasalunaka fi ad-Din wa al-Hayat: Jld 4 ms 347).

Terdapat hadis yang sahih jelas menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban ini iaitu: Daripada Abu Musa al-Asya’ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” (H.R Ibnu Majah).

Semestinya pengampunan Allah s.w.t tersebut berasaskan amalan-amalan soleh yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Galakan serta amalan-amalan tersebut seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut:

Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”. (H.R Ibnu Majah) (Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215).

Oleh itu, disarankan kepada umat Islam supaya hadir ke majlis menghayati Nisfu Syaaban beramai-ramai dan jadikanlah majlis ini sebagai titik permulaan untuk mereka menjinakkan diri dengan rumah Allah (Masjid) selain daripada mendapatkan kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t pada malam tersebut. Malahan sebagai seorang Islam adalah tidak wajar mereka hanya memilih malam-malam tertentu untuk beribadat.

BACA JUGA: Adakah Puasa 10 Muharram Esok Perlu Disertai Dengan Hari Selepasnya? Ini Penjelasan Mufti WP

Sumber: Pejabat Mufti Terengganu