Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hari ketiga berpuasa, kedatangan ‘sayap’ Ramadahan kali ini tentunya membawa seribu erti kepada kita. Pada waktu inilah kita perlu menunaikan rukun iman ketiga dan melaksanakan ibadah sampingan untuk menambah pahala. Pahala yang berlipat kali ganda tentunya menjadi dambaan setiap umat Islam di dunia.
Ramadhan, bulan termulia yang di dalamnya di turunkan al-Qur’an. Lebih beruntung, mereka yang dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 malam. Pasti ramai mempunyai tekad untuk ‘memenuhkan’ bulan ini dengan amal ibadat, malah ada yang berniat untuk khatam 30 juzuk al-Qur’an.
Bila berbicara ini, semestinya ada persoalan yang timbul di kalangan masyarakat mengenai hukum-hukum dan adab membaca al-Qu’ran. Antara soalan yang selalu ditanya adalah :
Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menutup aurat ketika membaca al-Qur’an adalah Sunat. Bukan Wajib. Hal ini kerana anggota badan hanya wajib ditutup kepada orang yang haram melihatnya. Oleh itu, kita tidak wajib menutup aurat ketika membaca al-Qur’an mahupun kitab.

Walau bagaimanpun, menutup aurat ketika membaca al-Qu’ran boleh menjadi sunat untuk menghormati Qalam Allah itu. Malah tidak haram jika memakai seluar pendek ketika membacanya, cuma kurang pahala.
Mereka menagtakan bahawa hukum asal membaca al-Qur’an dalam keadaan tidak menutup aurat ialah harus. Hal ini kerana tidak terdapat mana-mana ayat al-Qur’an ataupun hadith yang menyatakan hal yang demikian.
Namun demikian, kami tegaskan bahawa antara adab membaca al-Qur’an ialah menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama’, antaranya Dr. Nuh ‘Ali Salman, ahli Lajnah Darul Iftaa’ Mesir.

Namun atas dasar adab dengan al-Qur’an sebagai sebuah kitab agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, maka seharusnya kita membacanya dalam keadaan menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan dan diamalkan oleh sekalian ramai salafussoleh dan para ulama.