Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hukuman Beraksi Tanpa Penonton, Denda RM100,000 Terhadap Selangor FC Kekal – FAM

Iqbal Yasir
denda selangor fc kekal fam
Gambar: FAM

Hukuman Beraksi Tanpa Penonton, Denda RM100,000 Terhadap Selangor FC Kekal – FAM

PETALING JAYA — Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan hukuman beraksi dua perlawanan tanpa penonton bagi saingan Piala FA dan didenda RM100,000 oleh terhadap Selangor FC meskipun rayuan telah dibuat oleh kelab.

Keputusan itu diputuskan jawatankuasa berkenaan dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2025-2029 pada Selasa hari ini.

Ia selepas mendapati gergasi merah kuning itu bersalah berhubung kes membabitkan kelakukan penyokong dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2025-2026.

“Rayuan Selangor FC terhadap hukuman yang dikenakan selepas didapati bersalah berhubung kes membabitkan kelakukan penyokong mereka dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober 2025, telah ditolak.

“Hukuman bermain tanpa penonton (beraksi di stadium kosong) untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA, iaitu perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 30 November 2025.

“Dan perlawanan pertama Selangor FC di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya, serta denda sebanyak RM100,000 yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat, 14 November 2025 adalah dikekalkan,” maklum FAM dalam satu kenyataan.

Sumber: FAM