Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

i-Citra: Pastikan Tiga Perkara Penting Ini Bagi Lancarkan Proses Permohonan Anda Nanti

Kredit: Bernama

Seperti kita sedia maklum, orang ramai boleh mula memohon pengeluaran i-Citra bermula 15 Julai ini sehingga 30 September akan datang dengan jumlah maksimum permohonan yang dibenarkan adalah RM5,000, bergantung kepada jumlah simpanan ahli dalam akaun mereka.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra, KWSP menerusi perkongsian di Twitter ada berkongsikan beberapa perkara yang anda perlu pastikan. Ianya adalah untuk melancarkan proses permohonan anda nanti:

  1. Menggunakan akaun bank yang aktif

  2. Mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan

  3. Menyemak amaun simpanan semasa

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim KWSP di sini.

Sumber: KWSP