Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu & Dua Anak Kembar Ditemui Maut, Polis Jumpa Ubat Hama Dalam Tong Sampah

Ibu & dua anak kembar ditemui maut
Gambar via Tribun News

Seorang ibu & dua anak kembar ditemui maut di dalam sebuah rumah mewah di Lubukpakam, Indonesia, pada 6 April kelmarin.

Menurut Tribun News, ketiga-tiga mayat mangsa ditemukan dalam keadaan seperti sedang tidur, selain buih turut terkeluar pada bahagian mulut mereka.

Ketua Polis Tempatan, Irsan Sinuhaji berkata, selain bekas minuman yang berada di atas almari solek bilik mandi, polis turut menemui sebuah kotak kecil di dalam tong sampah yang jelas tertulis ubat hama/NaCN.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, suami mangsa tidak berada di rumah dan saksi kejadian tersebut hanyalah ibu bapa mangsa yang datang ke rumah mereka sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan.

“Setelah loceng rumah tersebut dibunyikan mereka beberapa kali namun tiada sebarang tanda bahawa pintu pagar itu akan dibuka.

“Curiga dengan hal tersebut, mereka mengintai dari pintu kamar mangsa yang terletak di bahagian tepi rumah dan mengetuk namun tiada tindak balas dari sesiapa.

“Pada ketika itu, ayah mangsa membuka pintu garaj menggunakan kunci yang dimiliki lalu terus masuk ke rumah dan menuju ke arah bilik mangsa, namun ia berkunci.

“Oleh itu, mereka menceroboh masuk melalui tingkap sisi menggunakan crowbar dan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik, kelihatan mangsa terbaring dan tidak bergerak,” lapor Tribun News.

Memetik Tribun News, sebelum ini mereka telah menemui gelas yang berisi baki air minuman di dalam bilik mangsa bersama anak-anaknya yang berusia empat tahun.

Selain itu, mereka juga mengambil beberapa sampel makanan yang terdapat di dalam rumah tersebut untuk melakukan ujian makmal bagi mengetahui kandungannya.

Difahamkan juga, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat dari pihak hospital, selain turut menunggu waktu yang sesuai untuk meminta keterangan dari pihak suami mangsa.

Mereka tidak mengambil keterangan kerana masih dalam fasa berduka kehilangan isteri.

Pihak polis bercadang untuk dapatkan keterangan suami mangsa yang merupakan pegawai di sebuah bank setelah tiga hari pengebumian arwah isteri dan anak-anaknya.

Ketua kawasan mangsa tinggal, Lina memaklumkan bahawa mayat mangsa telah pun berada di ‘rumah duka’ pada pukul 5.30 waktu tempatan.

Sebelum itu, ketiga-tiga mayat ini telah dibawakan ke pihak hospital untuk melaksanakan proses bedah siasat.

Mengupas lanjut, ketiga-tiga mayat ini akan dikebumikan pada Jumaat, 8 April di Tanjung Morawa.

“Persoalan adakah dalam tubuh mangsa terdapat racun atau tidak hanyalah dapat dipastikan melalui keputusan bedah siasat nanti.

“Tiada syak wasangka yang timbul mengenai berlakunya pergaduhan dari dalam rumah.

“Kami juga akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bersama dengan Polis Wilayah dan tiada unsur pergaduhan berlaku kerana suaminya pergi kerja pada awal pagi,” kata I Kadek, lapor Tribun News.

Kamera CCTV ini bukan sahaja dipasang pada bahagian luar tapi juga ada di dalam rumah.

Menurut info, mangsa merupakan seorang guru bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Indonesia yang sedang bercuti.

BACA JUGA: Kanak-kanak Jadi Saksi Ibu Ditikam Kejam Hingga Mati

Sumber: Tribun News