Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Nik Azmi Meninggal Dunia

nik azmi
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Selepas kehilangan bapanya bulan lepas, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad sekali lagi diuji apabila ibunya Nik Rahimah Nik Mahmood, 86, meninggal dunia semalam.

Berita pemergian Allahyarhamah dikongsikan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi dan seluruh keluarga beliau atas pemergian bonda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Nik Nazmi sekeluarga diberikan kekuatan serta ketabahan,” menurut hantaran itu.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara pada 10 pagi tadi.

Bapa Nik Nazmi iaitu Nik Ahmad Nik Hassan, 96, meninggal dunia pada 14 Okt lepas.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Ibu Nik Nazmi, Nik Rahimah Nik Mahmood, 86, meninggal dunia semalam.
  • Rafizi Ramli berkongsi berita pemergian itu menerusi hantaran Facebook hari ini.
  • Jenazah disembahyangkan di Petaling Jaya sebelum dikebumikan di Kota Damansara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan