Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jack The Ripper
Kredit: ChatGPT

Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

Athirah

Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

Seorang ahli sejarah mendakwa berjaya mengenal pasti identiti sebenar Jack The Ripper selepas menemui padanan asid deoksiribonukleik (DNA) milik pembunuh bersiri tersebut.

Menurut UNILAD, Jack bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya lima orang wanita secara kejam, dalam kejadian yang berlaku di London kira-kira 150 tahun lalu.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai ‘Canonical Five’ yang terdiri daripada Elizabeth Stride, Mary Jane Kelly, Mary Ann Nichols, Annie Chapman dan Catherine Eddowes.

Identiti sebenar Jack kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini dan suspek dipercayai sudah pun meninggal dunia.

Dalam tempoh berkenaan, seramai 16 lelaki berbeza terdiri daripada orang biasa sehinggalah golongan diraja pernah disyaki menjadi suspek utama.

Namun begitu, ketiadaan bukti yang mencukupi antara halangan yang menyaksikan Jack yang sebenar gagal dibawa ke muka pengadilan sehingga ke saat ini.

Identiti pembunuh bersiri. Jack The Ripper dibongkar melalui ujian DNA

Satu lagi aspek yang kekal menjadi misteri adala motif di sebalik pembunuhan berkenaan. Ada banyak dakwaan yang dibuat antaranya hubungan sulit antara suspek dengan mangsa dan pelbagai lagi.

Namun baru-baru ini, misteri berusia lebih 150 tahun itu menemui noktah selepas ahli sejarah Russell Edwards mendedahkan hasil siasatannya.

Menurut UNILAD, Russell telah membeli selendang yang dipakai oleh Catherine Eddowes ketika dibunuh oleh Jack dan menjalankan ujian untuk mencari kesan DNA di atas akesori pakaian tersebut.

Hasil ujian DNA ke atas kesan darah pada selendang berkenaan didapati sepadan dengan salah seorang keturunan kepada Catherine.

Manaka ujian DNA ke atas kesan air mani pula didapati sepadan dengan salah seorang keturunan kepada satu daripada 16 orang suspek, iaitu Aarin Kosminski.

Barisan peguam sudah dilantik agar inkues dapat diadakan

“Dia (Aaron Kominski) bukan lagi sekadar suspek. Akhirnya, kita boleh menuntutnya untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya.

“Pencarian saya sudah berakhir. Aaron Kominski adalah ‘Jack The Ripper’,” dakwa Russell Edwards.

Difahamkan, Russell sudah pun melantik barisan peguam dan berharap satu inkues dapat diadakan selepas penemuan tersebut.

Sementara itu, waris kepada Catherine dan Kominski sudahpun dimaklumkan dengan perkara itu.

Kedua-dua pihak dikatakan bersetuju agar siasatan Russell diberi perhatian serius dan tindakan seterusnya dapat diambil.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Sumber: UNILAD