Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Imam Selamatkan Masyarakat Kristian Di Masjid Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun
Dunia kehilangan seorang tokoh agama yang menjadi simbol keberanian selepas Imam Abubakar Abdullahi dilapor meninggal dunia pada Khamis lalu.
Berita dukacita itu disahkan oleh anak lelakinya kepada BBC Hausa.
Menurut portal BBC, beliau menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Plateau Specialist Hospital, Jos, Nigeria.
Imam Abdullahi dikenali kerana keberaniannya menyelamatkan ratusan penganut Kristian ketika insiden keganasan pada Jun 2018.
Dalam kejadian tersebut, beliau memberi perlindungan kepada lebih 262 orang Kristian dengan menempatkan mereka di masjid dan kediamannya, sekali gus mempertaruhkan keselamatan diri demi melindungi mereka daripada serangan bersenjata.

Selepas itu, keberanian beliau mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
BBC melaporkan beliau menerima Anugerah International Religious Freedom daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam memperjuangkan kebebasan beragama pada tahun 2019.
Pada 2022, beliau dianugerahkan darjah kebesaran negara oleh Presiden ketika itu, Muhammadu Buhari sebagai penghargaan atas keberanian beliau.
Tiga tahun sebelum itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo turut menyampaikan Anugerah Kebebasan Beragama Antarabangsa kepada imam berkenaan.
Sumber: BBC