Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemberi maklumat ADUN Sabah
Gambar: BERNAMA

Individu Didakwa Bersama Dua ADUN Sabah Tidak Dilindungi Di Bawah Akta Pemberi Maklumat – SPRM

Hannah

Individu Didakwa Bersama Dua ADUN Sabah Tidak Dilindungi Di Bawah Akta Pemberi Maklumat – SPRM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, tidak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 menjelaskan bahawa seseorang yang terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya tidak layak memohon perlindungan pemberi maklumat atau ‘whistleblower’.

“Kita rujuk kepada undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, iaitu jika seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan, dia tidak dilindungi di bawah akta ini, maknanya dia bukan ‘whistleblower’,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Shaharuddin berkata bagi mendapatkan perlindungan pemberi maklumat, individu berkenaan perlu memenuhi beberapa syarat iaitu laporan mesti dibuat kepada agensi penguatkuasaan yang sah seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Selain itu, laporan tersebut perlu dibuat dengan niat baik dan bukannya atas tujuan jahat seperti membalas dendam atau menfitnah, katanya.

“Satu lagi syarat penting ialah pemberi maklumat tidak boleh terlibat dalam kesalahan yang dilaporkan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang jelas menyatakan bahawa perlindungan boleh dibatalkan jika pemberi maklumat tersebut didapati turut terlibat dalam salah laku yang didedahkan.

“Ini bagi memastikan integriti pemberi maklumat dan mengelakkan mereka daripada menggunakan status perlindungan sebagai “perisai” untuk melindungi diri mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, peguam kepada individu terbabit mendakwa anak guamnya sebagai pemberi maklumat telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit sebelum dimaklumkan akan didakwa di mahkamah pada 30 Jun ini.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.

Sebelum itu, dalam sidang media di Kota Kinabalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dua ADUN Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkenaan.

BACA: Pembaharuan Gaji Boleh Ringankan Tekanan Inflasi, Kos Sara Hidup – BNM

BACA: Rafizi Ramli Titip Ucapan Terakhir Berkaitan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi

BACA: Harga Runcit RON97, Diesel Meningkat 7 Sen Seliter

Sumber: BERNAMA