Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rafizi Ramli Titip Ucapan Terakhir Berkaitan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi
Rafizi Ramli menzahirkan ucapan terakhirnya kepada warga Kementerian Ekonomi dalam satu majlis rasmi sebelum benar-benar “move on” daripada tugasannya dalam kabinet.
Ucapan itu disampaikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kementerian berkenaan, di mana beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran sepanjang berkhidmat.
Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, dedikasi dan sokongan yang diberikan oleh para kakitangan kementerian sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Saya minta maaf atas segala kelemahan dan keterlanjuran saya. Saya ucap terima kasih dan terhutang budi atas segala jasa baik dan khidmat warga Kementerian Ekonomi,” kata Rafizi.
Dalam ucapan yang cukup bermakna itu, Rafizi turut berkongsi empat pesanan penting yang menjadi prinsip beliau dalam menjalankan tanggungjawab, yang menurutnya diambil daripada tokoh-tokoh besar dunia yang telah memberi impak besar dalam tempoh 100 tahun terakhir.
Sebahagian besar ucapan saya berkisar kepada perkongsian mengenai 4 petua dalam menjalankan tugas.
4 petua ini ialah buah fikiran dari tokoh besar dunia yang telah meninggalkan impak besar dalam 100 tahun yang lepas.
Saya kongsikan, kalau berguna boleh kita hayati.
Perubahan tidak pernah digerakkan oleh satu kumpulan yang besar. Perubahan berlaku kerana keyakinan satu kumpulan kecil yang ada kesedaran.
Bila kita ingin melakukan perubahan, lebih ramai yang mencemuh dan menghina. Lebih ramai yang rasa mereka pakar segalanya.
Kalau kita cadang formula, mereka mengejek. Tetapi lebih baik menjadi orang yang bertempur di dalam gelanggang dan mencuba membawa perubahan, dari tukang sorak di luar.
Tukang sorak di luar hanya menang sorak, tetapi tidak pernah faham erti kemenangan atau kekalahan.
Bila kita ingin membawa perubahan, bila ada peluang melakukan perubahan, janganlah kita mengulangi apa yang telah dibuat sebelum itu (yang menjadi punca kepada masalah yang memerlukan perubahan). Itu adalah satu kegilaan.
Mahkamah terakhir di mata dunia ini ialah prinsip dan keyakinan kita.
Kita boleh menang yang lain, tetapi mahkamah rayuan terakhir, di mata orang lain, ialah nilaian bagaimana kita hidup dengan prinsip dan keyakinan kita.
Orang lain mungkin tidak bersetuju dengan pandangan kita, tetapi mereka tidak boleh menidakkan kehormatan yang datang dari satu hidup yang berlandaskan prinsip.
BACA: Rafizi Ramli Umum Letak Jawatan Kabinet, Berkuat Kuasa 17 Jun Ini
BACA: Perbezaan Pendapat: Jangan Heret Penjawat Awam Bagi Tujuan Intimidasi – Rafizi Ramli
BACA: Rafizi Ramli Masuk Ke Pejabat Buat Kali Terakhir Hari Ini
Sumber: Rafizi Ramli/X