Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Rafizi Ramli/X

Perbezaan Pendapat: Jangan Heret Penjawat Awam Bagi Tujuan Intimidasi – Rafizi Ramli

Hannah

Perbezaan Pendapat: Jangan Heret Penjawat Awam Bagi Tujuan Intimidasi – Rafizi Ramli

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan bahawa perbezaan pandangan berkaitan Pemilihan PKR 2025 tidak seharusnya menjadi alasan untuk tindakan intimidasi terhadap rakyat, khususnya melibatkan penjawat awam.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Rafizi mendedahkan wujudnya aduan daripada orang awam yang mendakwa menerima tekanan susulan daripada pandangan peribadi yang dikongsikan di media sosial berkenaan proses dan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Menurut Rafizi, tindakan seperti laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kunjungan tanpa dokumen rasmi oleh pegawai SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rampasan telefon dan kad SIM, serta notis siasatan, merupakan satu bentuk intimidasi yang tidak wajar.

“Jika pun perbezaan pendapat mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025 dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ia adalah satu cabaran yang wajar ditangani dengan berhemah.

“Sebarang bentuk tekanan atau intimidasi akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa pentadbiran sekarang cepat menggunakan kuasa dan tidak mempertahankan hak rakyat untuk berbeza pandangan,” tegas beliau dalam satu kenyataan menerusi platform X.

BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut

Rafizi turut mendedahkan salah satu kes melibatkan individu yang dikenali dengan akaun X, @amer7211, yang menurutnya telah menjadi mangsa gangguan oleh pegawai SKMM dan polis.

Dokumen berkaitan termasuk laporan polis oleh isteri mangsa, notis siasatan SKMM, serta senarai rampasan oleh PDRM turut dikemukakan Rafizi sebagai lampiran bukti.

“Kandungan di platform X yang disiasat selalunya adalah pandangan peribadi seorang rakyat biasa mengenai perjalanan atau keputusan pemilihan KEADILAN 2025 yang tidak melanggar apa-apa undang-undang.

“Sebab itu, setelah saya meneliti aduan-aduan ini, saya berpendapat kaedah ini hanyalah satu bentuk intimidasi untuk menekan orang awam dari tidak lagi buat kandungan mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beberapa akaun lain di platform X turut dilaporkan menerima tindakan serupa.

“Saya percaya YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi tidak memberikan arahan agar orang awam seperti ini dikenakan tindakan,” tambah beliau.

Sehubungan itu, sebagai langkah balas, Rafizi telah menggerakkan pasukan peguam sukarela untuk mewakili individu yang menjadi mangsa intimidasi ini.

Rafizi juga mengingatkan semua pimpinan politik supaya tidak mencampur adukkan pandangan politik dengan tanggungjawab rasmi kerajaan, serta menasihati penjawat awam agar tidak tunduk kepada tekanan luar yang menjurus kepada penyalahgunaan kuasa.

BACA: Tragedi Hitam: 5 Nahas Ngeri Bas Pernah Berlaku Di Malaysia

Sumber: Rafizi Ramli/X