Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tragedi Hitam: 5 Nahas Ngeri Bas Pernah Berlaku Di Malaysia
Ada yang mungkin sedang dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Ada juga yang bercuti bersama rakan-rakan, dan tidak kurang juga yang sedang menuju ke institusi pengajian demi menimba ilmu.
Masing-masing memulakan perjalanan dengan penuh teruja, penuh harapan. Namun, tiada siapa menyangka perjalanan itu akan bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berpenghujung, berakhir dengan tangisan dan duka.
Malaysia pernah digemparkan dengan beberapa tragedi nahas bas yang mengorbankan puluhan nyawa dan mengukir luka yang bahkan belum sembuh dalam ingatan rakyat.
Hari ini, kami menyorot lima tragedi hitam nahas melibatkan kemalangan bas paling ngeri pernah berlaku di Malaysia.
Dalam tragedi ini, seramai 37 orang disahkan maut apabila sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3, Jalan Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur.
Seramai 450 anggota daripada pasukan bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam telah digerakkan bagi menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
Selain itu, sebanyak 30 buah ambulans telah dikerahkan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.
Dalam tragedi ini, seramai 27 penumpang maut apabila bas persiaran dua tingkat yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Difahamkan, bas tersebut membawa 37 pelancong Thailand manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Menurut laporan media tempatan, 100 anggota penyelamat digerakkan dalam operasi menyelamat.
Dalam tragedi ini, seramai 20 penumpang maut selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 229, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang.
Kejadian berlaku apabila bas tersebut merempuh pembahagi jalan sepanjang 20 meter ketika menuruni laluan berbukit, lalu terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter.
Akibat impak rempuhan itu, beberapa penumpang tercampak keluar dari bas, manakala yang lain terperangkap di bawah kenderaan tersebut selepas bumbungnya tercabut.
Sebuah kren digunakan untuk mengangkat bas berkenaan bagi membolehkan pasukan penyelamat mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang terkorban.
Seramai 14 orang dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh ini.
Difahamkan, bas tersebut terjunam ke dalam cerun sedalam kira-kira 10 meter dan merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayo.
Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat melibatkan seramai 27 anggota bersama tiga jentera.
Hari ini pula, negara dikejutkan dengan satu tragedi menyayat hati apabila sebuah bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang disewa khas oleh pelajar UPSI dari Terengganu, yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak.
Tambah beliau, kemalangan itu melibatkan keseluruhan 44 mangsa, terdiri daripada 42 pelajar dan dua lagi pemandu serta kelindan bas.
Daripada jumlah tersebut, 13 mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 15 orang setakat ini.
BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut
BACA: Nahas Bas UPSI: 15 Van Jenazah Digerakkan Ke Hospital Gerik, Hospital Ipoh
BACA: Nahas Bas UPSI: Terengganu Akan Salur Bantuan Segera Kepada Waris Mangsa
Sumber: Laporan media tempatan