Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Senarai Umur Murid Mula Sekolah Di ASEAN

Iqbal Yasir
Umur Murid Mula Sekolah Di ASEAN
Kredit: Bernama

Ini Senarai Umur Murid Mula Sekolah Di ASEAN

Seperti yang diketahui, pendidikan merupakan asas utama dalam pembentukan insan, masyarakat dan negara.

Ia bukan sekadar proses penyampaian ilmu, tetapi merangkumi pembinaan nilai, sikap, kemahiran sosial serta keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif.

Dalam konteks pembangunan negara, pendidikan yang berkualiti menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi, kestabilan sosial dan pembentukan modal insan berdaya saing.

Disebabkan itu, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang sangat penting kerana fasa ini merupakan tempoh emas perkembangan otak dan sahsiah.

Jadi, tak hairan mengapa sesetengah dasar pendidikan negara menetapkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada usia yang masih muda.

Umur Murid Mula Sekolah Di ASEAN

Menurut data yang dikongsikan oleh UNESCO dari tahun 1970 hingga 2022, purata umur murid mula bersekolah bagi 11 negara di Asia Tenggara adalah pada umur 6 tahun.

Indonesia muncul sebagai negara paling lewat menghantar murid ke sekolah, iaitu pada usia 7 tahun.

Manakala Myanmar (Burma) pula menjadi negara paling awal murid mula bersekolah pada usia 5 tahun.

Sementara itu, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor Leste masing-masing pula bersekolah pada umur 6 tahun.