Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Peroleh Pelabur Projek Kemudahan Simpanan Minyak Mentah

Indonesia Peroleh Pelabur

Indonesia Peroleh Pelabur Projek Kemudahan Simpanan Minyak Mentah

JAKARTA, 5 Mac (Bernama) -- Indonesia berjaya menarik pelabur, termasuk pihak asing, untuk membina kemudahan penyimpanan minyak mentah di negara itu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keterjaminan tenaga nasional.

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia berkata projek berkenaan akan melibatkan gabungan pelabur domestik dan asing.

“Ini bermakna sektor swasta juga akan terlibat dalam pembangunan kemudahan penyimpanan minyak mentah di Indonesia.

Pembinaan kemudahan penyimpanan ini bertujuan untuk memperkukuh keterjaminan tenaga negara,” katanya pada Rabu malam, lapor agensi berita ANTARA.

Bahlil berkata kerajaan merancang untuk meningkatkan kapasiti simpanan minyak mentah daripada 25 hingga 26 hari ketika ini kepada 90 hari, atau kira-kira tiga bulan.

“Bapak Presiden (Prabowo Subianto) memberikan arahan agar segera dibangunkan (storan). Kita perlu kelangsungan hidup. Kalau tidak, nanti kita bergantung terus kepada pihak lain,” katanya.

Menurut ANTARA, isu keterjaminan tenaga kini mendapat perhatian lebih besar susulan ketegangan di Timur Tengah ekoran konflik yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Media Iran melaporkan bahawa Selat Hormuz, yang mengendalikan kira-kira satu perlima daripada perdagangan minyak global dan jumlah besar eksport gas asli cecair, telah “ditutup” susulan serangan yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel.

Sumber:BERNAMA