Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Rancang Agih Telefon Percuma, Siap Ada Akaun Digital Untuk Salurkan Bantuan

Rancang agih telefon percuma
Kredit: CNN Indonesia

Kerajaan Indonesia merancang untuk mengagihkan telefon bimbit percuma yang dilengkapi akaun digital kepada masyarakat bagi memudahkan penyaluran bantuan sosial secara langsung kepada penerima, lapor CNN Indonesia.

Indonesia rancang agih telefon percuma

Utusan Khas Presiden Bidang Iklim dan Tenaga, Hashim Djojohadikusumo berkata, menerusi rancangan itu, dana bantuan kerajaan akan disalurkan ke akaun digital masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri acara Prasasti Indonesia Policy Forum 2026 di Jakarta Selatan, Selasa.

“Setiap warga negara akan diberikan telefon bimbit yang dilengkapi akaun digital. Semua dana akan tersedia di situ dan disalurkan ke akaun masing-masing,” katanya.

Menurut laporan CNN Indonesia sebelum ini, rancangan pengagihan telefon bimbit percuma itu turut dikaitkan dengan program penyediaan akaun percuma oleh kerajaan.

Hashim, yang juga adik kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sebelum ini menjelaskan bahawa akaun berkenaan akan dilengkapi baki permulaan sebanyak Rp50,000 (kira-kira RM13).

Kerajaan sebelum ini menyasarkan pemberian akaun percuma kepada rakyat yang baru mencapai usia 17 tahun dan belum mempunyai akaun bank.

Bagaimanapun, Hashim belum memperincikan mekanisme pengagihan telefon bimbit berkenaan, termasuk syarat serta kriteria khusus bagi menentukan penerima bantuan itu.

Intipati
  • Kerajaan Indonesia merancang mengagihkan telefon bimbit percuma dilengkapi akaun digital kepada masyarakat.
  • Dana bantuan kerajaan akan disalurkan terus ke akaun digital masing-masing, kata Hashim Djojohadikusumo.
  • Mekanisme pengagihan, syarat dan kriteria penerima telefon bimbit itu belum diperincikan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan