Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto optimis Indonesia mampu muncul sebagai negara ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2045.
Memetik Kumparan.com, Prabowo berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan perancangan dan pengiraan semasa yang telah disusun oleh kerajaan Indonesia.
“Kita boleh membangunkan Indonesia yang hebat, semua negara melihat bahawa sebenarnya Indonesia tidak dapat dibendung, kita sudah mempunyai algoritmanya, kita sudah ada kiraannya,” katanya ketika berucap pada Musyawarah Nasional (Munas) ke-18 Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) di Lampung, Rabu.
"Kalau kita pandai dan kita cerdas, 2045 kita ekonomi keempat terbesar di dunia," tambahnya.
Beliau turut menyenaraikan negara-negara ekonomi terbesar dunia pada masa depan, dengan China dijangka di tempat pertama, diikuti Amerika Syarikat, India dan Indonesia di kedudukan keempat.
Berdasarkan kiraan negara republik itu, pendekatan ini mampu meletakkan Indonesia sebagai kuasa besar ekonomi keempat dunia tidak lama lagi.
“Yang muncul nanti, nombor satu China, nombor dua Amerika Syarikat, nombor tiga India, nombor empat Republik Indonesia,” katanya.