Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rendang merupakan menu yang dah tak asing lagi bagi lidah rakyat Malaysia. Selalunya rendang yang biasa kita makan adalah dari daging ayam atau lembu.
Kedua juadah rendang ini menjadi kegemaran rata-rata masyarakat di Malaysia kerana cara penyediaannya yang lebih senang dan cepat. Tambahan pula, daging ayam atau lembu ni boleh diterima tekak kebanyakan orang.
Tapi berbeza pula dengan daging arnab. Jarang sekali kita dengar hidangan rendang menggunakan daging arnab. Hal ini mungkin kerana ramai yang fikir daging arnab ni ada cara khusus untuk dimasak.
Oleh itu, wanita pemilik akaun Facebook Ceo Vellfire ini berkongsi resepi rendang arnab untuk mereka-mereka di luar sana yang nak cuba juadah daging arnab ni. Resepi yang dikongsikan melalui grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHN) ini mendapat 5.1 ribu sukaan dan 1.2 ribu komen di Facebook.
Ikuti perkongsian resipi rendang arnab pedas menangis di bawah ini.
Rezeki harini Cik Nab. Rendang arnab pedas menangis. Ingatkan anak-anak tak makan, sekali hidang habis. Siap pesan beli lagi arnab ni. Beli siap proses, RM35.

Siapa tak makan dok diam-diam. Ni cek nak kongsi resepi.
Bawang besar 2 bijik
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci
Serai 3 batang
Lengkuas (sebesar ibu jari)
Cabai Melaka (cili padi) 10 bijik (kalau nak pedas tambah)
Lada hitam 2 sudu besar
Cabai kering (ikut pedas)
Bahan-bahan diatas blend no.
4 sekawan
Garam
Gula
Bahan perasa
2 keping asam keping
Santan kotak separuh (kotak kecik)
Kerisik 2 sudu besar
Daun kunyit
Kunyit serbuk (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
Panaskan minyak, boh 4 sekawan, boh bahan-bahan blend tadi, biar pecah minyak, boh arnab tadi, boh gula. Biar mendidih, bagi lembut arnab tu, boh kerisik, serbuk kunyit, santan, asam keping, garam bahan-bahan perasa. Kalau nak kuah, tambah air. Masak sampai sebati, dah siap tabur daun kunyit.

Selamat mencuba!
Sumber: Ceo Vellfire via MATJHN