Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini 5 Cara Cepatkan Proses Kompos Sisa Dapur

proses kompos sisa dapur
Gambar: ImageFX

Ini 5 Cara Cepatkan Proses Kompos Sisa Dapur

Bagi golongan petani dan pekebun, penjagaan terhadap tanaman mereka bukanlah satu perkara yang mudah.

Hal ini kerana, ia perlu dijaga dengan baik dan teliti. Oleh itu, pemilihan baja, jenis tanah, ruang, jarak hingga lokasi pokok tersebut ditanam memainkan peranan yang amat penting.

Dalam era serba moden ini, terdapat pelbagai jenis inovasi telah dilakukan.

Malah, baja yang dijual di pasaran juga mempunyai pelbagai bahan tambahan lain yang dicampurkan untuk menyuburkan tanaman.

Namun, baja yang dijual di pasaran tidaklah semuanya berkualiti. Ini kerana mungkin terdapat campuran bahan kimia lain dan sebagainya.

Jadi, ramai petani memilih untuk menggunakan baja organik, seperti kompos sebagai tambahan lain untuk menyuburkan tanah.

Dalam masa yang sama, kompos ini juga mampu mengurangkan sisa makanan di rumah serta menjimatkan penggunaan baja kimia.

Namun begitu, mungkin ramai yang belum tahu cara untuk menyediakannya dan memprosesnya. Jadi, ikuti perkongsian dari Jabatan Pertanian Malaysia di bawah ini.

5 Cara Mempercepatkan Proses Kompos Sisa Dapur

Potong bahan kepada saiz kecil

Untuk proses yang lebih cepat, kulit buah dan sayur perlu dipotong kecil untuk meningkatkan luas permukaan, sekali gus memudahkan mikroorganisma mempercepatkan proses penguraian.

Imbangkan bahan hijau dan coklat

Gunakan gabungan sisa dapur (hijau) bersama daun kering atau kertas tanpa dakwat (coklat) untuk memastikan proses pereputan yang stabil dan pantas.

Kekalkan kelembapan optimum

Pastikan timbunan kompos sebtiasa lembap seperti keadaan span yang telah diperah, tidak terlalu kering, dan tidak terlalu basah.

Gaulkan kompos secara berkala

Balikkan atau gaul timbunan kompos setiap 1 hingga 2 minggu untuk menambah bekalan oksigen bagi mempercepatkan pereputan.

Tambah bahan pengaktif

Masukkan sedikit tanah kebun, kompos lama, atau najis ternakan memperkenalkan mikroorganisma yang membantu memulakan proses penguraian.

Hasil dan tempoh matang

Dengan pengurusan yang baik, sisa dapur akan terurai sepenuhnya dalam tempoh yang singkat berbanding proses semula jadi tanpa pengurusan.

Apakah kesan jika kompos yang belum matang digunakan pada tanaman?

Gangguan pertumbuhan & kesihatan tanaman

  • Kerosakan akar akibat haba

Proses pereputan aktif menghasilkan haba dan gas ammonia yang boleh mencederakan akar tanaman.

  • Persaingan nutrien nitrogen

Mikroorganisma aktif menggunakan nitrogen tanah untuk mereput, menyebabkan tanaman mengalami kekurangan nutrien

  • Risiko jangkitan patogen

Proses yang belum selesai bermaksud mikroorganisma berbahaya mungkin masih wujud dalam bahan tersebut

Gangguan persekitaran & perosak

  • Gangguan serangga perosak

Sisa organik yang belum reput sepenuhnya menarik kehadiran lalat, semut, dan serangga lain.

  • Penghasilan bau busuk

Kompos yang tidak stabil mengeluarkan bau yang masam atau busuk yang menjejaskan keselesaan persekitaran.