Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Aplikasi Mudah Untuk Yang Baru Nak Belajar Tanam Pokok, Elak Tanaman Mati Sebab Terlebih Siram Air

Ramai yang selalu merungut apabila tanaman yang ditanam tidak menjadi. Ada yang menyalahkan ketidaksesuaian tanah atau baja selain mitos ‘tangan panas’ yang menyebabkan pokok sukar tumbuh dan mati.

Tetapi, jika dilihat semula, sebenarnya adalah cara penjagaan pokok yang betul adalah diperlukan kerana setiap pokok memerlukan cara penjagaan yang berbeza seperti cara siraman.

Bagi mengetahui cara penjagaan pokok yang betul, perkongsian oleh seorang individu di akaun Twitter @WanNoruddin mungkin boleh membantu. Rupanya terdapat aplikasi mudah yang memberikan info mengenai penjagaan pokok iaitu NatureID.

Malah, sekiranya anda tidak mengetahui nama pokok yang ditanam, anada boleh mengambil gambar dan aplikasi ini boleh memberikan info secara auto detect. Mudah kan!

Mantap lah apps ni. Baru tahu proper cara jaga pokok. Patutlah ada pokok aku kadang cepat mati. Yang patut siram 2 minggu sekali pun aku bagi teguk 2 gelas air sehari.

Gambar: Twitter @WanNoruddin
Gambar: Twitter @WanNoruddin

Kalau tak kenal nama pokok, boleh tangkap gambar dan apps akan auto detect.

Gambar: Twitter @WanNoruddin
Gambar: Twitter @WanNoruddin

Sumber: Twitter @WanNoruddin