Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ketika ini, sedang berlangsung perlawanan bola sepak Kejuaraan Eropah di antara Portugal dan Hungary di stadium Puskas Arena, Budapest.
Selain aksi kedua-dua pasukan itu, kehadiran para penyokong di stadium tersebut juga menarik perhatian warganet di seluruh dunia.
Puskas Arena menjadi satu-satunya venue bagi Kejuaraan Eropah yang membenarkan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh.
Tanpa memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial, lebih 60,000 penyokong dilihat memenuhi stadium itu.
‘Pemandangan’ yang sudah lama tidak dilihat itu membuatkan ramai yang ‘cemburu’ selain turut meluahkan kebimbangan mengenai penularan jangkitan COVID-19.
Hungary mempunyai populasi kira-kira 9,730,000 penduduk. Menurut statistik Our World In Data, sebanyak 9.42 juta dos vaksin COVID-19 sudah diagihkan dalam kalangan penduduk Hungary. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4.11 juta penduduknya sudah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya. Ia menjadikan peratusan rakyat Hungary yang sudah pun menerima suntikan penuh vaksin COVID-19 adalah sebanyak 42.1 peratus.
BACA: Moratorium 3 Bulan & Pengurangan Bayaran Ansuran 50 Peratus Selama 6 Bulan, Ini Cara B40, M40 & T20 Buat Pilihan Dari Bank
Sumber: Bleacher Report Football