Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini Cara Nak Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Berkahwin

Gambar Hiasan Via Bernama/Faiqfikrey

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci dan perlu dijaga sebaiknya. Namun perkahwinan tidaklah semudah dan seindah seperti yang ditayangkan di dalam drama atau filem, ia memerlukan komitmen dan kepercayaan yang tinggi antara pasangan masing-masing.

Menjelang hari perkahwinan, pasti banyak persediaan yang perlu dilakukan iaitu bukan sahaja mengenai kelancaran majlis tetapi dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan juga.

Pun begitu, mungkin masih ada yang belum tahu bahawa setiap orang boleh memeriksa mengenai pasangan masing-masing di portal E-syariah.

Portal itu menyediakan maklumat mengenai rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh seseorang.

Cara untuk menyemak portal itu telah dikongsikan oleh Faiq Fikrey menerusi Twitter miliknya. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Memandangkan perkara ni mendapat sambutan,

Meh aku ajar mcm mana nak check

Pertama :

Pergi bahagian semak status kes

Kedua:

Kemudian pilih samada

MAL

atau

JENAYAH

Kemudian masuk kan IC pasangan anda

Dan click “cari”

Ketiga dan terakhir:

Ni contoh Aku pakai IC aku

Selesai. Alhamdulillah takde kes.

Selamat kepada semua Selamat Pengantin Baru!

Bukan meragui pasangan tetapi kita mungkin boleh bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku dalam perkahwinan kelak. Semoga bermanfaat.

Sumber: Faiq Fikrey