Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini Cara Renew Insurans Kenderaan Guna MyJPJ
Umum mengetahui, MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat dalam membuat pelbagai transaksi.
Antara perkhidmatan yang paling popular ditawarkan dalam aplikasi ini adalah Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan seperti Semakan berkaitan Saman JPJ, pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ) dan banyak lagi.
Namun, ramai pemilik kenderaan mungkin masih belum tahu bahawa kini, proses pembaharuan insurans boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa perlu ke kaunter. Semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi ini.
Jadi, SK hari ini ingin berkongsikan cara mudah untuk membuat pembaharuan insurans kenderaan melalui aplikasi MyJPJ di bawah.
1. Pastikan anda mempunyai aplikasi MyJPJ dalam telefon pintar. Jika tiada, anda boleh memuat turun di aplikasi MyJPJ di Playstore (pengguna Android) atau AppStore (pengguna iPhone) dan daftar.

2. Setelah selesai, log masuk ke paparan utama aplikasi MyJPJ. Scroll ke bawah dan cari bahagian Perkhidmatan Pihak Ketiga dan klik Insurans Kenderaan.

3. Tekan “Setuju dan Teruskan“. Kemudian baca setiap butiran maklumat yang dipaparkan.

Nota: Aplikasi MyJPJ hanya menerima transaksi untuk semua jenis kenderaan persendirian dan tidak menerima kenderaan perdagangan, kenderaan pengangkutan awam, kenderaan e-hailing dan syarikat.
4. Isi maklumat yang diminta seperti butiran kenderaan, dan pemilik kenderaan pada ruangan kosong. Anda diberi pilihan untuk memilih perlindungan tambahan.


5. Seterusnya, pilih jenis insurans kenderaan yang mahu dibeli.

6. Lengkap butiran maklumat seperti nama, alamat, emel dan nombor telefon bimbit pada ruangan kosong dan buat pembayaran.

7. Selesai. Untuk lebih penjelasan. Tonton video di bawah. Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok @mnajib_78