Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jaga-Jaga Jika Lambang Durian Keluar Pada Meter Kereta, Ini Sebabnya 

Sofea
lambang durian meter kereta
Kredit: Altimat Auto Garage

Jaga-Jaga Jika Lambang Durian Keluar Pada Meter Kereta, Ini Sebabnya

Memiliki kereta adalah salah satu impian yang dimiliki oleh setiap orang, tidak kira sama ada ia jenama dalam negara atau kereta dari luar negara.

Bagaimanapun, penjagaan selepas memiliki kereta juga perlu dititikberatkan. Kereta mungkin nampak bersih dan cantik dari luaran, namun kadang kala ramai yang tidak menyedari bahawa ada masalah yang berlaku di dalamnya.

Ada masalah yang boleh dikesan melalui lampu amaran atau lambang yang keluar pada bahagian meter di dalam kereta. Seperti lambang ‘durian’ yang menyala ketika ada sesuatu yang tidak kena pada kereta.

BACA JUGA: Wajib Tahu, Ini Tips Jaga “Gearbox” Kereta Jenis CVT Agar Tahan Lama

Digelar ‘durian’ kerana ia kelihatan seperti mempunyai duri-duri, mengingatkan kita kepada buah durian. Tetapi, apabila keluar lambang ini anda perlu berjaga-jaga kerana ia menunjukkan bahawa gearbox kereta anda mungkin bermasalah.

Pun begitu, menerusi video yang dikongsikan oleh Altimat Auto Garage di TikTok, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk overhaul gearbox kerana lambang itu menyala mungkin disebabkan perkara-perkara lain.

“Lambang durian ini maksudnya lambang gearbox, kalau dia menyala, dia menunjukkan yang ada masalah dekat gearbox.

“Tapi jangan panik dulu sebab tak semestinya bila dia menyala gearbox kena overhaul. Boleh je jadi mungkin sebab sensor yang bermasalah atau minyak gearbox kurang atau ada masalah wayar sikit atau ECU gearbox yang bermasalah,” katanya.

BACA JUGA: Jangan Terus Masuk Gear ‘P’, Lelaki Ini Ajar Cara Yang Betul Masuk Gear Masa ‘Parking’ Untuk Kereta Auto

Kena jaga gearbox

Menurutnya lagi, pengguna kereta perlu menjaga gearbox dengan sebaiknya.

“Korang kenalah ambil tahu dan jagalah gearbox itu, pastikan sampai masa je, tukarlah minyak gear, janganlah sampai terlajak mileage.

“Nanti terlajak mileage minyak gearbox, tahu-tahu nanti gearbox kena tukar,” katanya lagi.

Jika kereta anda mempunyai masalah tersebut, segera bawa kereta ke mekanik dan ‘rawat’ dengan sebaiknya.

Sumber: Altimat Auto Garage

BACA JUGA: Ketahui 15 Tanda Gearbox Kereta Anda Mengalami Masalah