Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
kebakaran terburuk
Gambar: AFP

Ini Lima Kebakaran Terburuk Yang Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Iqbal Yasir

Ini Lima Kebakaran Terburuk Yang Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Seperti yang diketahui, kebakaran dalam radius yang luas merupakan satu cabaran yang besar. Api yang marak boleh membakar segala benda hingga mengakibatkan kemusnahan harta benda, biodiversiti atau lebih teruk meragutnya.

Kebakaran boleh tercetus daripada pelbagai faktor seperti cuaca, litar pintas dan bahan bakar.

Baru-baru ini, Los Angeles (LA) menjadi perhatian dunia selepas berlaku kebakaran dahsyat sejak Selasa 7 Januari lalu.

Susulan itu, SK akan berkongsikan lima bencana terburuk yang pernah berlaku melibatkan kebakaran di bawah.

1. Kebakaran Hutan Taiga, Siberia (2003)

kebakaran terburuk
Gambar: Ivan Nikiforov / TASS

Mengimbau kembali 22 tahun lalu, berlaku salah satu kebakaran hutan terburuk dalam sejarah.

Kebakaran hutan Taiga telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 22.2 juta hektar hutan tersebut.

Tragedi hitam tersebut dipercayai berpunca akibat daun kering ketika musim panas melanda kawasan itu.

2. Kebakaran Hutan Australia (2019/2020)

Gambar: AFP

Dikenali sebagai “Black Summer”, kebakaran yang berlaku di New South Wales dan Queensland Australia ini telah meragut 33 nyawa.

Sekitar 17.7 juta hektar tanah hangus dijilat api termasuk lebih daripada 3,000 buah rumah musnah.

Akibat daripada bencana itu, lebih 3 bilion haiwan liar terkesan termasuk 61,000 koala.

Pada akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020, Australia merekodkan suhu terpanas susulan kebakaran itu.

3. Kebakaran Besar London 1666

kebakaran terburuk
Gambar: AFP

Pada 2 September 1666, berlaku satu tragedi kebakaran besar yang melanda sebahagian besar kota London selama lima hari.

The Great Fire of London itu difahamkan telah memusnahkan kira-kira 13,200 buah rumah, 87 gereja dan 6 orang dilaporkan terbunuh.

Kebakaran ini berpunca daripada sebuah kedai roti, hingga hampir membakar 85 peratus kota tersebut.

BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA

4. Kebakaran Hutan Peshtigo (1871)

8 Oktober 1871 menjadi detik hitam buat penduduk di wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat apabila tercetus satu kebakaran hutan ketika itu.

Siapa sangka, kebakaran itu mencatatkan angka korban sekitar 1,500 hingga 2,500 orang, menjadikan ia salah satu kebakaran hutan dengan angka korban terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

5. Kebakaran Hutan Los Angelas (2025)

Gambar: AFP

Tirai tahun baharu pada kali ini dikejutkan dengan satu kebakaran hutan yang dahsyat di Los Angeles.

Menurut laporan media, kebakaran tersebut dianggap sebagai kebakaran yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Difahamkan, kebakaran itu tercetus di hutan, sebelum api itu kemudian marak dengan pantas.

Hanya dalam beberapa hari, ia menelan kawasan seluas kira-kira 29,000 ekar atau 45 batu persegi, bersamaan dua kali saiz Manhattan.

Angin kencang akibat kemarau luar biasa memburukkan lagi kebakaran hutan itu.

Akibatnya, 16 orang telah disahkan terkorban setakat ini, dengan angka tersebut berkemungkinan meningkat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: BBC Indonesia,inilah.com, jurnas.com

BACA: 62 Rumah, Masjid Musnah Dalam Kebakaran