Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
maksud asal-usul “mayday”
Gambar: AFP

Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Industri penerbangan memiliki protokol keselamatan yang sangat ketat bagi memastikan keselamatan penumpang, kru penerbangan dan pesawat terjaga.

Misalnya, dalam situasi kecemasan, komunikasi pantas sangat penting antara pengemudi pesawat dengan menara kawalan supaya langkah-langkah sepatutnya dapat diambil.

Panggilan kecemasan Mayday merupakan isyarat yang dikenali secara global, memainkan peranan penting ketika berlaku kecemasan dalam industri penerbangan.

Aerotime telah merungkai asal-usul istilah Mayday serta kepentingan panggilan ini dalam industri penerbangan di dunia.

Sejarah, maksud dan asal-usul Mayday

Istilah ‘Mayday’ berasal dari frasa bahasa Perancis ‘m’aider’ yang bermaksud ‘tolong saya’. Istilah ini telah diguna pakai sebagai isyarat kecemasan bagi dunia penerbangan sejak awal 1920-an.

Kredit bagi perlaksanaan isyarat ini diberikan kepada Frederick Stanley Mockford, seorang pengendali radio di Lapangan Terbang Croydon, London.

Istilah ini dipilih kerana bunyi dan kejelasannya yang tersendiri, menjadikannya mudah dikenali melalui transmisi radio.

Manakala, frekuensi 121.5 MHz dan 243 MHz telah ditetapkan sebagai frekuensi isyarat kecemasan dalam industri penerbangan.

Isyarat ini dibiarkan dan tidak digunakan untuk komunikasi biasa dan sentiasa dipantau oleh pusat kawalan trafik udara (ATC) untuk panggilan kecemasan.

Pemancar pencari kecemasan (ELT) juruterbang pula direka untuk menyiarkan isyarat kecemasan melalui frekuensi ini apabila diaktifkan.

Keperluan dan peranan isyarat Mayday dan industri penerbangan

Pengenalan panggilan kecemasan Mayday dalam industri penerbangan berpunca daripada keperluan untuk memiliki isyarat kecemasan yang diseragamkan.

Sejurus perjalanan melalui udara menjadi semakin lazim, beberapa insiden kecemasan kerika penerbangan memerlukan isyarat panggilan yang boleh difahami secara universal.

Oleh itu, panggilan Mayday telah mengisi kelompongan ini dengan memastikan setiap situasi kecemasan dapat dikenalpasti dengan segara. Dengan ini, bantuan dapat disampaikan dalam masa yang pantas.

Kepentingan panggilan kecemasan Mayday ini menjadi pilihan disebabkan keringkasannya serta dikenali seluruh dunia. Isyarat ini berfungsi sebagai satu petunjuk jelas yang menunjukkan pesawat berada dalam masalah dan memerlukan perhatian segera.

Dengan menggunakan isyarat ini, juruterbang dapat memberikan maklumat segera menerusi radio dan mendapat perhatian pantas daripada pusat kawalan trafik (ATC), juruterbang lain serta perkhidmatan kecemasan.

Bagaimana panggilan Mayday digunakan dalam situasi sebenar?

Ketika berdepan dengan situasi yang kritikal, juruterbang telah dilatih untuk mematuhi protokol keselamatan yang sangat ketat. Hal ini termasuklah prosedur untuk membuat panggilan kecemasan Mayday.

Prosedur panggilan Mayday

Ketika berdepan dengan situasi kecemasan, juruterbang akan membuat panggilan “Mayday, Mayday, Mayday” sebanyak tiga kali bagi memastikan isyarat panggilan tersebut jelas.

Kemudian, panggilan ini akan diikuti dengan tanda panggilan dan kedudukan pesawat untuk memberikan maklumat yang mencukupi kepada ATC serta beberapa pesawat berdekatan.

Memulakan tindak balas kecemasan

Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan Mayday, ATC akan mengambil tindakan dengan segera untuk menyelaraskan maklum balas kecemasan.

Manakala, pesawat yang berada berhampiran dengan pesawat terbabit akan dimaklumkan mengenai kecemasan tersebut.

Selepas permakluman tersebut, juruterbang pesawat-pesawat lain boleh mengubah laluan bagi mengelakkan pesawat yang dikendali mereka memasuki kawasan yang terjejas.

Dalam pada itu, perkhidmatan menyelamat seperti pasukan bomba dan pasukan perubatan akan digerakan untuk bersedia menanti ketibaan pesawat.

BACA: Jangan Buat Main, Ini Yang Terjadi Jika Anda Tak Pernah Tukar Minyak Enjin Kereta

Sumber: Aerotime