Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
bukan islam dengar azan
Gambar: It's Andrew
Tiada Kategori

Ini Reaksi Orang Bukan Islam Ketika Dengar Azan Dilaungkan Di Sekitar Kediaman

Iqbal Yasir

Ini Reaksi Orang Bukan Islam Ketika Dengar Azan Dilaungkan Di Sekitar Kediaman

Sebagai seorang muslim, umum mengetahui azan berkumandang sebanyak lima kali dalam sehari, menandakan masuknya waktu solat bagi umat Islam.

Boleh dikatakan hampir setiap kawasan terdapat bangunan masjid, surau-surau yang didirikan untuk kaum muslimin dan muslimat menunaikan solat fardhu selain memudahkan urusan mereka dalam melaksanakan rukun Islam yang kedua itu.

Sudah menjadi norma, kawasan perumahan mempunyai surau atau masjid yang berdekatan meskipun tempat tersebut didiami bukan sahaja kaum Melayu bahkan pelbagai bangsa yang berlainan agama.

Kebiasaannya, apabila masuk waktu solat, azan akan dilaungkan dan pada waktu itu juga umat Islam yang bertanggungjawab akan menunaikan solat sebelum meneruskan atau memulakan hari mereka.

Azan yang berkumandang itu secara tidak langsung turut didengari oleh jiran tertangga yang bukan penganut Islam.

Jadi, pernah tak korang terfikir apa yang dirasai dan dilakukan oleh mereka tiap kali azan ini dilaungkan?

Baru-baru ini, pencipta kandungan bernama It’s Andrew di Facebook telah membuat satu video yang menarik perhatian ramai.

Point of View (POV): Bila kamu tinggal berdekatan masjid sebagai seorang bukan muslim

Gambar: It’s Andrew

Dalam video tersebut memaparkan reaksinya apabila mendengar azan berkumandang di sekitar perumahannya.

Akibat selalu mendengar azan tersebut, dia kadangkala sering terikut dengan laungan azan kerana kediaman terletak berdekatan dengan masjid.

Perkara itu membuatnya sudah terbiasa mendengar azan setiap kali masuk waktu solat.

Bagaimanapun, dia cepat-cepat menutup mulut kerana sedar dia bukan seorang penganut Islam.

“Tak perasan, saya selalu sebut tanpa sedar,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut meraih perhatian warga maya di mana kebanyakan mereka yang bukan Islam berkongsi pengalamannya apabila mendengar azan berkumandang berdekatan kediaman mereka.

Perkongsian warga maya ketika mendengar azan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan Islam menyambut baik perkongsian itu.

Gambar: Tangkap sayar Facebook

“Saya dari kecil sampai sekarang umur 36 tahun duduk sebelah masjid. Sudah boleh hafal tapi tak tahu maksud. Kalau azan Subuh kit sudah agak-agak tahu pukul berapa automatik. Kalau petang, waktu Maghrib memang suruh anak-anak balik mandi. Dah Maghrib jangan main dekat luar lagi,” kongsi seorang pengguna.

Kemudian, seorang pengguna bernama Viera Viera juga berkongsi keadaan yang sama.

Gambar: Tangkap layar Facebook

“Bapa saya suka mandi subuh-subuh. Selepas itu sebelum air terkena badan, bapa aku azan ikut macam azan subuh tu. Kemudian cepat-cepat mak suruh berhenti. Saya yang dengar dari bilik pun tergelak sebab kita non-muslim.

“Tetapi sekarang saya seorang jadi mualaf. Tiap kali azan dekat televisyen, bapa saya saja buka kuat-kuat ssebab saja nak usik mak,” kongsinya.

Sementara itu, terdapat juga warga maya yang berkongsi apabila dia mendengar azan, dia belajar untuk diam bagi menghormatinya.

Gambar: Tangkap layar Facebook

“Saya juga belajar dari kawan-kawan muslim apabila setiap kali Azan berkumandang, perlu senyap.

“Tidak bercakap kecuali kecemasan atau perkara penting, untuk menghormati (masuk waktu solat). Saya dah amalkan perkara ini lebih hampir 25 tahun sekarang,” tulis seorang lagi pengguna.

Gambar: Tangkap layar Facebook

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi azan berkumandang membolehkan mereka melakukan kerja tanpa perlu melihat jam kerana apabila ia dilaungkan ia akan memberi petunjuk bahawa sudah tiba waktunya untuk memulakan hari atau pulang ke rumah.

Gambar: Tangkap layar Facebook
Gambar: Tangkap layar Facebook
Gambar: Tangkap layar Facebook

Video tersebut mendapat 33,100 tanda suka dan 2,500 komentar dari netizen.

Saksikan video di bawah ini.

https://www.facebook.com/reel/920521402747782

Sumber: Fb It’s Andrew

BACA JUGA: Minta Sunting Gambar Atas Kapal, Netizen Terus Hantar ‘Selamat Berlayar’

BACA JUGA: “Hati-hati Datang Malaysia…” Warga Asing Akui Ketagih Dengan Malaysia