Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Yang Anda Perlu Buat Jika Dipaksa “Resign” Oleh Majikan
Dalam kegawatan ekonomi yang kian meruncing ini, bidang pekerjaan menjadi satu aspek penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hal ini kerana, hasil titik peluh yang dikerjakan membolehkan kita mendapat pulangannya nanti.
Menerusi hasil kerja keras, setiap orang dapat membeli perkara yang diinginkan oleh mereka. Sebagai contoh pakaian, makanan, aset hartanah dan sebagainya.
Tambahan lagi, bukan mudah untuk memperolehi pekerjaan yang tetap dan persekitaran kondusif khususnya bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Pekerjaan menjadi mata pencarian untuk menyara keluarga tercinta. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, berlaku juga pemecatan jawatan oleh majikan secara paksa atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai seorang pekerja pastinya anda mahukan keadilan terhadap diri. Jadi, bagaimanakah langkah yang perlu diambil sekiranya anda dipecat tanpa sebarang sebab munasabah?
Oleh hal yang demikian, mari kita ikuti perkongsian ilmu oleh @Kerjajer di platform TikTok.
Nyatakan Bantahan Dalam Surat Berhenti Bekerja
Dalam perkongsian ini, sekiranya seseorang pekerja itu dipaksa untuk meletakkan jawatan. Pastikan mereka menyatakan sekali bantahan dalam surat perakuan berhenti bekerja.
Sebagai contoh, sekiranya pekerja perlu menulis surat berhenti bekerja secara manual. Bantahan boleh diselitkan oleh anda pada bahagian nama dalam jawatan yang dikerjakan sebelum itu dan disertakan nama syarikat tersebut.
Manakala, jika surat perakuan perletakan jawatan telah disediakan oleh majikan. Anda boleh sahaja tandatangani secara terus.
Pada sebelah tandatangan tersebut, anda perlu menyatakan bantahan yang ingin dikemukakan atau boleh menulis under protest.
Tujuan Bantahan Ditulis
Untuk pengetahuan, surat pekerjaan yang disertakan dengan bantahan dapat memudahkan urusan di Pejabat Buruh untuk proses selanjutnya.
Sehubungan itu, setiap pekerja mestilah bijak mengambil sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang penindasan dalam sektor pekerjaan.
Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih daripada 90,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ dan komen oleh pengguna sewaktu artikel ini ditulis.
Sumber: TikTok @Kerjajer