Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini Yang Berlaku Pada Badan Jika Anda Minum Air Kosong Terlalu Banyak
Minum air yang mencukupi sangat penting untuk memastikan tubuh sentiasa kekal terhidrat.
Apabila badan kekurangan air, kita biasanya akan mula rasa lemah, cepat penat, mengantuk, malah ada juga yang mengalami sakit kepala.
Sebab itu, ramai pakar kesihatan menyarankan agar kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari bagi membantu mengekalkan tahap hidrasi yang baik.
Namun begitu, pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang apa yang akan berlaku jika terlebih minum air kosong?
Justeru, SK kali ini akan menjelaskan kepada anda pengambilan air yang berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan, menurut Hello Doktor.
Setiap hidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk terus hidup, begitu juga makhluk yang bernama manusia.
Setiap sel, tisu dan organ di dalam tubuh badan kita semua memerlukan air untuk berfungsi dengan baik, contohnya seperti di bawah:
Memastikan suhu badan kekal normal
Melincirkan sendi dan tulang badan
Menyingkirkan bahan buangan melalui peluh, kencing dan najis
Melindungi tisu yang sensitif
Sekiranya anda kekurangan air, akan berlaku masalah dehidrasi – keadaan di mana tubuh badan anda tidak mampu berfungsi secara normal.

Menurut kajian yang dijalankan oleh The U.S. National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine, jumlah pengambilan air yang sewajarnya adalah seperti berikut:
Sekitar 15.5 cawan (3.7 liter) air untuk lelaki
Sekitar 11.5 cawan (2.7 liter) air untuk wanita
Apa yang anda perlu ingat, rekomendasi ini bukan hanya untuk air putih sahaja. Ini kerana jika kalian minum air kosong dengan jumlah yang disarankan bersama minuman lain, sudah tentu kuantiti akan menjadi berlebihan, justeru ia tidak disarankan.
Ketahuilah bahawa air-air ini boleh datang daripada air lain selain air kosong, malah juga melalui pengambilan makanan.
Sebenarnya, 20% daripada pengambilan air datangnya daripada makanan dan 80% lagi daripada minuman.
Kelebihan minum air kosong untuk kulit!
Dalam pada itu, anda juga perlu lebih peka dengan kelebihan minum air kosong atau air putih. Sekiranya anda memilih air mineral yang biasa, mungkin impaknya tidak begitu besar untuk kesihatan kulit anda.
Sebaliknya, air mineral yang kaya dengan silika mampu memberi manfaat besar kepada kulit individu. Ini kerana ia mampu merangsang penghasilan kolagen selain memperbaiki kulit dari dalam.

Maka, anda yang inginkan kulit sihat dan cantik digalakkan untuk banyak minum air mineral yang tinggi kadar silika!
Tidak perlu pening kepala kerana sudah ada produk seperti ini di pasaran. Contohnya, air mineral keluaran Spritzer yang mengandungi 60mg/L kandungan silika yang bagus untuk kesihatan kulit anda.
Bagaimana jika terkurang atau terlebih minum air?
Jadi, adakah 8 gelas air sehari ini adalah ideal untuk kita mendapat kelebihan minum air kosong? Ya, ia merupakan satu jumlah yang sangat ideal dan wajar diikuti oleh kita semua!
Pun begitu, ia juga sangat bergantung kepada individu kerana minum air ikut berat badan itu penting. Sila rujuk doktor jika kurang pasti tentangnya.
Kesan terkurang minum air ikut berat badan
Tentu sahaja kesannya adalah kita akan mengalami dehidrasi – keadaan tubuh badan tidak mampu berfungsi sepenuhnya jika kekurangan air.
Ia akan menyebabkan tubuh badan kita terasa lemah, lesu, letih dan tidak bermaya serta akan mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti berikut:
Mulut kering
Tekak dahaga
Kulit kering
Pening kepala
Otot kejang
Kekerapan membuang air kecil yang berkurangan
Air kencing menjadi warna keruh
Mengantuk
Sembelit
Air mata sedikit apabila menangis

Sekiranya ia terjadi kepada anda, rawatannya mudah sahaja iaitu untuk memperbanyakkan minum air kosong atau minuman lain terutamanya yang membekalkan elektrolit dan garam.
Untuk mengelakkan ia berlaku kepada anda, maka adalah wajar untuk kalian cuba amalkan minum air putih iaitu 8 gelas sehari sesuai dengan saranan pakar.
Benar, memang banyak kelebihan minum air kosong kepada individu. Namun, bagaimana pula jika mengambil minuman berlebihan?
Bahaya terlebih minum air ikut berat badan
Sekiranya kalian terlebih minum air kosong atau sebarang jenis minuman, anda mungkin akan mengalami fasa terlebih hidrasi.
Keadaan yang lebih dikenali sebagai overhydration ini mungkin akan menyebabkan anda mengalami keracunan air kerana amaun elektrolit serta garam yang keluar terlalu banyak.
Ini seterusnya akan membawa kepada satu keadaan yang dikenali sebagai hyponatremia di mana elektrolit dan garam dalam tubuh badan menjadi sangat sedikit.
Akibatnya, ia mungkin boleh membawa maut jika masalah ini tidak dirawat dengan kadar segera! Kenapa?
Buah pinggang akan terjejas jika terlebih minum
Buat anda yang terfikir dan tertanya mengapa kondisi ini adalah berbahaya, ia ada kaitan dengan fungsi organ buah pinggang anda.
Apabila kandungan air dalam tubuh badan terlalu banyak, fungsi buah pinggang mungkin akan terganggu dan air tidak mampu dibuang sepenuhnya.

Jika air tidak mampu dibuang sepenuhnya, maka kandungan elektrolit dan garam pula yang akan terkeluar daripada tubuh badan.
Antara simptom yang boleh berlaku sekiranya kalian terlebih banyak minum air putih adalah seperti berikut:
Mual-mual
Muntah-muntah
Pening kepala
Lemah otot
Sawan
Koma
Kematian
Jadi, sila berhati-hati dengan pengambilan air anda agar tidak terlalu kurang atau terlalu lebih ya?