Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik, Pemuda Kongsi Rupanya Berpunca Daripada Tabiat Ni
Umum mengetahui bahawa manusia hanya mempunyai sepasang buah pinggang sahaja. Buah pinggang inilah yang berfungsi untuk menyingkirkan segala kotoran dalam badan.
Malah buah pinggang juga berfungsi untuk membuang segala air lebihan badan melalui air kencing.
Dalam erti kata lain, buah pinggang ini penting sebagai penapis badan iaitu dengan menyingkirkan segala toksin dalam tubuh badan seseorang itu.
Memiliki buah pinggang yang sihat dapat membantu memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.
Dahulu, kita sering beranggapan bahawa Chronic Kidney Disease (CKD) hanya menjejaskan golongan warga emas.
Namun, pada zaman kini, tanggapan tersebut semakin berubah. Realitinya, golongan muda juga tidak terkecuali daripada risiko menghidap CKD, terutamanya apabila amalan pemakanan tidak dijaga dengan baik.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @fynakal di TikTok, lelaki ini menjawab persoalan tentang bagaimana dia boleh menghidap CKD pada usia yang masih muda.

Dia turut memberi contoh beberapa golongan yang berisiko menghidap CKD, antaranya individu yang tidak menjaga pemakanan, mengambil suplemen secara berlebihan, serta kerap mengambil minuman berkarbonat.
Selain itu, tabiat pemakanan seperti pengambilan mi segera dan kopi 3 dalam 1 secara kerap, serta penggunaan ubat-ubatan tidak terkawal seperti ubat kurus dan produk pemutihan badan juga boleh menyumbang kepada risiko kerosakan buah pinggang.

“Jadi pesanan aku kepada orang ramai, kalau rasa nak cepat dapat penyakit buah pinggang, silalah makan benda-benda yang aku sebut sebab ia tidak berkhasiat," katanya.
@fynakal turut memberitahu pengambilan produk pemutihan serta ubat kurus boleh meningkatkan risiko untuk menghidap Chronic Kidney Disease (CKD).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Dalam masa yang sama, terdapat juga individu yang berkongsi pengalaman sendiri serta kisah insan terdekat yang menghidap CKD.
"Terima kasih atas perkongsian Encik. Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk Encik, kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Amin," komen seorang warga maya.
"Tak ramai pesakit yang mengaku akibat dari habit pemakanan sendiri, terima kasih adik atas info. Saya jaga pemakanan anak-anak dari kecil sebab takut dengan penyakit macam ni la, semoga adik cepat sembuh, keep educate people," komen seorang lagi warga maya.