Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

"Terpusing-pusing..." Belangkas Berenang Gaya Kuak Lentang Buat Ramai Ketawa
Apabila menyebut mengenai belangkas, ramai mungkin terbayang rupa haiwan yang seakan-akan “fosil hidup” kerana bentuknya yang unik dan telah wujud sejak jutaan tahun lalu.
Walaupun sering dilihat di kawasan pantai, terutama ketika air surut, tidak semua orang benar-benar mengenali peranan dan kepentingannya dalam ekosistem marin.
Selain itu, belangkas sering menarik perhatian kerana pergerakannya yang perlahan serta bentuk cangkerangnya yang keras seperti perisai.
Difahamkan, mereka yang dipanggil "belangkas" cangkerang mereka menyerupai ladam berbentuk U yang digunakan pada kuda.
Di Malaysia, haiwan ini kadang-kala ditemui di pesisir pantai berpasir dan kawasan berlumpur.
Siapa sangka, belangkas yang kelihatan menakutkan dengan bentuk cangkerang keras ini sebenarnya kelihatan lucu ketika berada di dalam air.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @iemanoufa di TikTok, seekor belangkas dilihat sedang berenang dengan pergerakan yang perlahan sambil menggerakkan ekornya.
Apa yang lebih menghiburkan, cara ia berenang seakan-akan seperti kuak lentang sambil berpusing-pusing di tempat yang sama, sekali gus menambah lagi keunikan dan kelucuan pergerakannya.

Walaupun rupa luaran belangkas ini kelihatan agak menakutkan, namun gelagatnya di dalam air jelas menunjukkan sisi yang lebih “comel” dan tidak disangka-sangka.
"Berenang apa macam ni? kuak lentang? pastu yang pusing-pusing sampai acik tengok pun pening hahahahaha," seloroh @iemanoufa di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan mengakui terhibur menonton video berkenaan.
"Jangan ganggu, dia tengah gembira tu," komen seorang warga maya.
"Baru tahu belangkas berenang macam tu, sebelum ni tahu makan je haha," komen seorang warga maya.
"Jangan kacau, dia tengah healing tu tengah fikir pasal minyak naik harga," seloroh seorang warga maya.
"Diorang ada latihan kuak lentang tu," gurau netizen.
"Salah waze agaknya sebab tu asyik pusing kat situ je," komen lagi seorang warga maya.