Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Inisiatif Masjid Sedia Jaket Elak Gangguan Visual Ketika Solat Terima Pujian Ramai
Ketika bulan Ramadan, umat Islam sudah tentunya berlumba-lumba menunaikan ibadah termasuk solat tarawih berjemaah di masjid.
Namun, dalam keghairahan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, pastinya ada beberapa aspek kecil yang sering terlepas perhatian, khususnya berkaitan pemakaian yang sesuai ketika berada dalam ruang ibadah.
Kehadiran jemaah dengan pakaian seharian kadangkala tanpa disedari membawa corak yang terlalu terang, tulisan yang terlalu menonjol atau reka bentuk yang boleh mengganggu tumpuan jemaah lain di saf belakang.
Apatah lagi 'Khusyuk' merupakan inti dalam menjalani ibadah, sebuah masjid baru-baru ini menarik perhatian orang ramai dengan langkah yang dilihat bijak dan bersifat praktikal.
Menerusi perkongsian Threads @Zhrfsohod, secara kebetulan berkongsi poster makluman sebuah masjid, mengenai ketersediaan pakaian yang sopan untuk para jemaah.
“Jika anda rasa baju anda mengganggu solat jemaah di sekeliling, sila pakai jaket solat yang telah disediakan oleh pihak masjid,” pesan AJK Masjid Al Muhajirin Indera Mahkota 5.
Dalam notis itu juga memaklumkan para jemaah diingatkan untuk meletakkan semula jaket yang dipinjam di tempat asal usai selesai menjalani ibadah.
Secara tidak langsung, perkara ini memudahkan kariah di lokasi itu.

Perkongsian itu nyata meraih pujian rata-rata warga maya yang melihat langkah itu bukan sahaja kreatif, malah mencerminkan wajah institusi masjid yang lebih inklusif, prihatin, dan sentiasa memudahkan urusan tetamu Allah.
Antara komen pengguna;
"Gangguan jemaah secara tidak sengaja. Ini adalah sesuatu yang wajar kita hebahkan lagi," komen seorang pengguna.
"Auto macam Amil Zakat.." seloroh seorang lagi.
"Bagusnyaa.. masyaAllah," tulis seorang pengguna.