Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Inkues: Saya Panggil Nama Zara, Pegang Pipi Tapi Tiada Respon – Pengawal Keselamatan

Gambar: BERNAMA

Inkues: Saya Panggil Nama Zara, Pegang Pipi Tapi Tiada Respon – Pengawal Keselamatan

KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) — Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau cuba menyedarkan remaja itu dengan memanggil nama sambil memegang pipinya, namun mangsa tidak memberi sebarang respons.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang menceritakan keadaan pelajar Tingkatan Satu itu ketika kejadian, berkata mangsa menarik dan menghembus nafas dengan kuat seolah-olah sedang “berdengkur”.

Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues berhubung kematian remaja berkenaan.

Shahlan: Apabila puan panggil Zara, adakah dia memberi sebarang respons?

“Dia macam tidur berdengkur.. dia dalam keadaan terlentang, kasihan dia,” cerita Linah dengan nada sedih di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

BACA: Hotel Hilton Nepal Rosak Teruk, Dipercayai Dibakar Penunjuk Perasaan

Sumber: BERNAMA